BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 23, 2010

“Stop Child Abuse”....



Baru-baru ni nur ade join kempen yang dianjurkan oleh nuffnang ' STOP CHILD ABUSE'..sebagai blogger dan manusia nur rase perihatin dengan ape yang sering terjadi di negara kita ini..sungguh memalukan dan menyedihkan..nur pun tak paham kenapa manusia sanggup mendera kanak-kanak yang lemah itu..apa salah mereke didera..yang lagi kesian yang didera sampai meninggal dunia..dimanakah akal fikiran yang telah dianugerahkan kepada kita..sedih sedih sedih..pembantu rumah mendera anak majikan..jiran mendera anak jiran..teman lelaki mendera anak teman wanita nye..yang lagi meyedihkan..ibubapa sendiri mendera anak iaitu darah daging sendiri..ini lah pekara yang tak patut berlaku...bukan senang nak dapat rezeki yang berharga itu..tapi di persia-siakan..sesungguhnya anak itu harta yang berharga untuk suami isteri..
lagi kes yang sering berlaku sekarang ini adalah pembuangan bayi..adakah kes ini boleh dianggap sebagai penderaan kepada kanak-kanak???nur rase ya la kot..bayi di buang tanpa belas kasihan..yang lebih kejam dibuang di dalam tong sampah..longkang..dalam semak..tandas..tak sempat nak menikmati keindahan dunia..kejam nyer..

haiwan pun sayang anak..harimau yang garang tu pun sayang anak..tu  yang selalu dikatakan..kita manusia yang berakal ni..takkan tak sayangkan anak..huhuhu..walaupun nur takde anak lagi..tapi tak sanggup rase nyer nak pukul-pukul budak tanpa sebab..if pukul pun..xla sampai mencederakan mereke..mahu kene hambat dengan mak dorang hehehe...

      Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes 
      penderaan kanak-kanak / kes pembuangan bayi ?
  • Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
  • Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor
  • Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran
  • Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran
info ni nur dapat dari laman web JKM Malaysia..








1 comments:

ciek niena said...

info yg sgt berguna :)