Saturday, February 12, 2011
Valentine's Day...
Posted by nur_eimi at Saturday, February 12, 2011 0 comments
Labels: info, semetrik, valentine's day
Tuesday, February 1, 2011
nakkk g kelantannnn....
Posted by nur_eimi at Tuesday, February 01, 2011 2 comments
Monday, January 31, 2011
hujannn.....
Posted by nur_eimi at Monday, January 31, 2011 1 comments
Tuesday, December 21, 2010
The day Niagara Falls ran dry
pernah bace tak pasal ni???air terjun niagara kering..ni nur bace kat yahoo...tak pernah pun tahu waterfall ni pernah kering...
ni belaku mase tahun bile tah..ms dulu2 kala la..skrg xtau lak jadi ker tak..bile la nur dapat tgk ciptaan Allah yg cantik tu dari dekat..
Posted by nur_eimi at Tuesday, December 21, 2010 1 comments
Labels: info
Wednesday, December 1, 2010
buah misteri...Tiessa
Posted by nur_eimi at Wednesday, December 01, 2010 0 comments
Labels: info
Monday, November 29, 2010
HYTEX Warehouse Sale
Posted by nur_eimi at Monday, November 29, 2010 1 comments
Labels: info, warehouse sale
Diperkosa perompak...kejamnyer...
![]() |
| Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040 |
Diperkosa perompak
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.
“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.
“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
![]() |
| gambar hiasan.. |
Posted by nur_eimi at Monday, November 29, 2010 3 comments
Labels: info
Tuesday, November 23, 2010
“Stop Child Abuse”....
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes
penderaan kanak-kanak / kes pembuangan bayi ?
- Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
- Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor
- Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran
- Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran
Posted by nur_eimi at Tuesday, November 23, 2010 1 comments
Labels: info, penderaan kanak-kanak
tragedi bas Rapid kat harian metro
Posted by nur_eimi at Tuesday, November 23, 2010 1 comments
Monday, November 22, 2010
buah kiwi..sedapnyer..
- vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
- Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
- Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
- Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
- Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
- Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
- Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi
Posted by nur_eimi at Monday, November 22, 2010 0 comments
Monday, November 15, 2010
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!
![]() |
| suke la cincin ni.. |
Posted by nur_eimi at Monday, November 15, 2010 1 comments
Labels: info
30 days challenge....boleh ke???
Day 02- The meaning behind your Blog name.
Day 03- A picture of you and your friends.
Day 04- A habit that you wish you didn’t have.
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.
Day 06- Favorite super hero and why?
Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.
Day 08- Short term goals for this month and why.
Day 09- Something you’re proud of in the past few days.
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.
Day 11- Another picture of you and your friends.
Day 12- How you found out about Blog and why you made one.
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Day 14- A picture of you and your family.
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.
Day 16- Another picture of yourself.
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?
Day 18- Plans/dreams/goals you have.
Day 19- Nicknames you have; why do you have them?
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.
Day 21- A picture of something that makes you happy.
Day 22- What makes you different from everyone else?
Day 23- Something you crave for a lot.
Day 24- A letter to your parents.
Day 25- What I would find in your bag?
Day 26- What you think about your friends?
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned.
Day 30- Who are you?
Posted by nur_eimi at Monday, November 15, 2010 3 comments
Labels: info
Punca Utama Kerosakan Hati
- Sayuran yang dimakan haruslah dimasak dengan kadar yang tidak terlalu lama (over cooked). Sayuran yang digoreng harus dihabiskan dalam satu hidangan, tidak boleh diulang masak...
Posted by nur_eimi at Monday, November 15, 2010 1 comments
Labels: info
Saturday, October 30, 2010
Hati-hati.....Mirror or 2-Way Glass??
| gambar ni adalah 2-way mirror coz xde gap between jari tu... |
| gambar ni lak baru la mirror..coz de gap antara jari... |
How can you tell when you are in a room, restroom,
motel etc. with a mirror or a 2-way glass?
Here's how: I thought it was quite interesting! And I
know in about 30 seconds you're going to do what I did
and find the nearest mirror.
Do you know how to determine if a mirror is 2-way or
not? A policewoman who travels all over the US and
gives seminars and techniques for businesswomen passed
this on.
When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms,
changing rooms, etc., how many of you know for sure
that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall
is a real mirror, or actually a 2-way mirror (i.e.,
they can see you, but you can't see them)? There have
been many cases of people installing 2-way mirrors in
female changing rooms . It is very difficult to
positively identify the surface by looking at it.
So, how do we determine with any amount of certainty
what type of mirror we are looking at?
fingernail against the reflective surface and if there
is a GAP between your fingernail and the image of the
nail, then it is GENUINE mirror. However, if your
fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail,
then BEWARE! IT IS A 2-WAY MIRROR!
"No Space, Leave the Place" So remember, every time
you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't
cost you anything.
REMEMBER. No Space, Leave the Place
Posted by nur_eimi at Saturday, October 30, 2010 0 comments
Labels: info
Tuesday, October 12, 2010
‘Raise your hand, Stop child abuse now!’
Posted by nur_eimi at Tuesday, October 12, 2010 0 comments
Labels: info
10 PETANDA SI DIA JODOH ANDA
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita...
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
Posted by nur_eimi at Tuesday, October 12, 2010 0 comments
Labels: info
Monday, October 11, 2010
LEUKEMIA..
| JENIS SEL | FUNGSI |
|---|---|
| Sel darah merah (eritrosit) | |
| Sel darah putih (lekosit) | |
| Platlet darah (trombosit) |
- Leukemia limfositik akut /Acute lymphocytic leukemia (ALL)
- Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.
- Leukemia mielositik akut / Acute myelogenous leukemia (AML)
- Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.
- Leukemia limfositik kronik / Chronic lymphocytic leukemia (CLL)
- Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.
- Leukemia mielositik kronik / Chronic myelogenous leukemia (CML)
- Biasanya menyerang orang dewasa.
- anemia - pucat, letih dan pendek nafas
- mudah jatuh sakit
- sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
- purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
- mudah lebam
- hidung kerap mengalami pendarahan
- hilang nafsu makan dan turun berat badan
Posted by nur_eimi at Monday, October 11, 2010 0 comments












































