Alhamdulillah semalam sempat jugak g melawat Auf anak Yaya kat SMC shah alam..cian Auf..asyik merengek jer..badan xchat..
tu Auf..comel nyer si botak ni..bersame En.ali nyer (Alligator)..
lawaknyer...sepanjang ms die akan merengek..bile nak amik gambo..terus diam..bagus nyer Auf ni..suke bergambo yek..ni mak die la jar ni..
semoga auf cepat sembuh...tabahkan ati ye Yaya..dah suami nyer Fariz di suspek H1N1..xleh la bersame2 yaya jage Auf..ni semua dugaan Allah..Semua yg berlaku pasti de hikmah nyer..
Pe penyakit Auf????.....Auf di sahkan kene PENYAKIT KAWASAKI...penyakit pe ni...???
Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, dimana boleh menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun
untuk ketahui lebih lanjut boleh klik kat link yg nur sediakan dibawah...
Kejadian yg menimpa kawan2 di sekeliling nur memberi kesedaran..jangan amik ringan pasal kebersihan tempat tinggal dan permakanan..begitu juga penjagaan kepada anak..kite rase bende tu xde pe2..tapi sebenarnyer boleh beri impact yg besar..kesian tgk baby2 yg sakit..kite yg besar if sakit pun rase mcm nak mati..inikan anak2 kecil..
Ya Allah..sesungguhnyer dugaan mu terhadap hamba2 mu yg lemah ini amat besar..kuatkan semangat kami dan ampunkan dosa2 kami samada besar atau pun kecil..
1 comments:
terima kasih melawat dan mendoakan auf...
Post a Comment