BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

Helang dan Puyuh..

Helang terbang tinggi di angkasaraya memerhatikan padang dari penceroboh ular tikus serangga bemaharajalela..tidak mengharap balasan pujian seraya..tahu hikmat kejadian.. Lain pula puyuh di rimba..tinggal cuma di dalam semak menumpang merempat adat biasa.. membawa berita mengadu domba tentang helang angkuh di udara terbang bebas di awan raya..
 
 Penduduk rimba bingung jadinya kenapa puyuh hasadkan helang begitu rupa.. lalu dikumpul segala sekutunya gajah zebra monyet badak kuda untuk menggoncang pohon helang tinggal.. habis jatuh anak dan sarangnya sampaikan helang terbang membawa diri tinggi mencari ketenteraman abadi...
Gembiranya puyuh tidak terkata.... diambil sayap dijahit mahu terbang.. juga impian ingin menjadi penjaga baru di rimba raya.. belajar berhari-hari namun sia-sia.. gembira kepalang tidak terhingga ular tikus serangga kembali bersuka ria.. habis diselongkar semak si puyuh durja.. anak diratah.. mahligai dibinasa.. sampaikan puyuh lintang pukang entah ke mana menyesal tak sudah meronta-ronta akibat hasad syaitan durjana


# Kisah ni telah di ambil dari Hazizi my xclassmate kat teknik..die post kat FB..mcm best lak crite ni..tu yg nak share crite ni kat blog..
# Pe moral crite ni..pikir2 kan la..

2 comments:

Redzlan said...

Ha.. ha!.. ini puyuh jantan saya. ;)
Awak ambil dari sini, saya tahu!

Barred Buttonquail (Turnix suscitator) - male

nur_eimi said...

yup...hehe..