Berkesempatan jugak nur buat muffin minggu ni...dah lame nak buat muffin..tapi xsempat..
Alhamdulillah..isnin lepas berjaya mencuba resepi yg nur amik kat tenet...semestinyer resepi yg mudah....
nur nak kongsi gak resepi yg nur amik tu....
BANANA
CHOCOLATE MUFFINS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan
gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang, dilecek
1 sudu teh
baking soda
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung
serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan chocolate chips
pisang
dipotong bulat dan chocolate chips untuk hiasan
Cara-caranya
1.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pisang.
Gaul sebati.
2. Campurkan baking soda dengan air panas dan
masukkan pada adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam kedalam
adunan mentega dan gaul rata bersama chocolate chips.
4. Sendukkan
adunan kedalam loyang muffin. Hiaskan diatas adunan dengan pisang
yang dipotong bult dan taburkan chocolate chips. Bakar pada suhu 180
darjah C untuk 20 minit.
# selamat mencuba yek......