Thursday, August 27, 2009
tart nenas 1st trail..
Posted by nur_eimi at Thursday, August 27, 2009 1 comments
Wednesday, August 26, 2009
berite tegempar..kene hukum sebat ni...
buat officemate yg lain..kite besabo jer la..ni dugaan buat kite dibulan pose..
Ya Allah kuatkanlah iman kami..Amiiiinnnnn
Posted by nur_eimi at Wednesday, August 26, 2009 0 comments
Makanan tuk berbuke...
tu bf nur n frens tgh jamuan sireh..dorng kene mkn sireh..mcm kene pakse jer..tapi skali tu jer..lps tu dah serik kot hohoho..
Posted by nur_eimi at Wednesday, August 26, 2009 0 comments
Monday, August 24, 2009
bulan pose ni...
Posted by nur_eimi at Monday, August 24, 2009 0 comments
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Kek marble pelangi kuuuu..
MARBLE CAKE
BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
1 sudu teh esenvanilla
bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko ]
80 ml susu segar/fresh milk
Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan
taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga
kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C. (semalam nur bakar xsampai 50 minit pn..40-45 minit dah ok)
Posted by nur_eimi at Wednesday, August 19, 2009 0 comments
Tuesday, August 18, 2009
kiuh kaya puff dari bos
tu hasil setelah 95.7% dimakan oleh puan.yaya..ibu mengandung kasi pe pn abis hehehe..yaya nur de biskut nak?? ibu mengandung yg slalu lapo kat office..
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 18, 2009 0 comments
jom cari resepi kuih raye...
nur dpt resepi ni kat http://suzana.blogdrive.com/ xtau la ok ker x..try jer la mlm ni..resepi kek yg nur de smua kukus nyer..maklum la dulu xde oven hehehe..hope jadi la..doakan yek..
Kek Pelangi:
Bahan-bahan
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
2 sudu serbuk koko
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu Vanilla
1 sudu serbuk penaik
Sedikit pewarna merah dan hijau
Cara membuatnya
Pukul telur dan mentega hingga kembang..Masukan satu demi satu telur, vanilla, serbuk penaik dan kacau sebati..Masukan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi hingga sebati..Asingkan kepada 4 bekas dan masukan koko, pewarna merah, hijau masing-masing. Satu bahagian lagi biarkan..Masukan berselang seli setiap adunan kedalam acuan..Bakar sehingga masak.
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 18, 2009 0 comments
Friday, August 14, 2009
Metrojaya sale...
Posted by nur_eimi at Friday, August 14, 2009 0 comments
Thursday, August 13, 2009
Al-Fatihah buat Arwah Ustaz Asri...
Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika memberikan ucapan dalam sidang media program Syahadah di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.
Pemergian mengejut Allahyarham bukan saja mengundang kejutan buat karyawan muzik, rakan seperjuangan serta peminatnya, malah ia dianggap sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air khususnya dalam arena muzik nasyid sendiri.
Farihin yang banyak terbabit dengan pembikinan album nasyid berkata, Allahyarham memang sentiasa bekerja keras, cukup konsisten dan serius dalam mengembangkan irama nasyid kepada seluruh pendengar.
"Perjuangannya berdakwah dengan nasyid cukup lama iaitu sejak beliau masih lagi remaja dan tidak pernah berhenti berjuang untuk memastikan nasyid mendapat tempat di kalangan masyarakat.
"Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Asri ketika dia sudah menganggotai Rabbani tetapi ramai tidak tahu bahawa dialah antara penyanyi nasyid yang menjayakan lagu Asma Ul-Husna yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dulu.
"Waktu itu, kami sama-sama menganggotai kumpulan Nada Murni dan saya sendiri turut terbabit dengan penerbitan lagu Asma Ul-Husna itu. Bagi saya, arwah Ustaz Asri bukan saja memiliki vokal nasyid yang terbaik tetapi juga mewakili simbol Islamik menerusi dakwah yang disampaikan menerusi lagu-lagunya," kata Farihin kepada murai.com.my. Selain Ustaz Asri, Rabbani turut dianggotai oleh Zulkiflee Azman, Ahmad Syafie, Mohd Asri Ubaidullah, Mohd Rithaudden bin Yaakob, Mohd Loqman Abd. Aziz, Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah Hasyim, M. Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Azizan Khalid.
Bersama Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997, Allahyarham Ustaz telah menghasilkan banyak album antaranya Arah, Muhammad Ya Habibi, Pergi Tak Kembali, Iqrar 1421, Intifada, Aman, Qiblat Yang Sama serta Epik.
Rabbani juga dalah penerima anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) sebanyak 4 kali menerusi kategori Album Nasyid Terbaik iaitu Iqra 1421 (2001), Intifada (2002), Qiblat (2003) dan Maulana (2007). Album Iqra 1421 juga menang Album Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album pada 2001. Mereka juga adalah pemenang Kumpulan Nasyid Paling Popular ABPBH dari tahun 2001 - 2008.
Posted by nur_eimi at Thursday, August 13, 2009 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Buah-buahan & susu baik tuk sembuhkan H1N1
"Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tolong forward kepada rakan2 utk
kesihatan bersama.-HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR "
Posted by nur_eimi at Wednesday, August 12, 2009 0 comments
Air Kelapa & Kurma..
Posted by nur_eimi at Wednesday, August 12, 2009 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Lagi petua sembuhkan H1N1
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
Petua tuk sembuh H1N1..betul ker????
"Baru sekejap tadi saya mendapat info daripada seeorang kawan yang boleh kita cuba dan kongsi bersama berkenaan dengan Penyakit H1N1. Petua untuk menyembuhkan H1N1 ambil langkah2 berikut:
1. Rendam buah kurma dengan air kelapa selama 1 hingga 2 jam.
2. Kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut.
Insyaalah dengan izin Allah akan sembuhlah....
Saya tak pernah cuba lagi...tapi bagi sesiapa yang sedang mengalami simptom ini bolehlah mencuba....
Semoga cepat sembuh."
Pe yang nur tau, minum air kelape memang bagus tuk sembuhkan demam..coz air kelape mnyejukkan badan..kurma lak memang banyak khasiat..due2 pn bagus..tapi bkesan ker???
Allah taala yang maha mengetahui..jadi kite bdoa jer la dan berusaha pe yang boleh..
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
Bila isteri tidak cantik..
Pagi ni nur buka facebook cambiase la..nur tertarik dengan 1 note tajuk 'bila isteri tidak cantik' yg d upload oleh salah sorang member kat facebook..nur rase kisah ni bagus dkongsi ngan kawan2 yang lain..untuk panduan nur dan kawan2..tidak kira perempuan atau lelaki..semoga crite ni menjadi panduan buat kita trutame yang sudah brumah tangga...
Bila Isteri tidak cantik...
Oleh : Zamri Keciks
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...Pembaca Semua,Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah..
.....Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/bila-isteri-tidak-cantik.html
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
Monday, August 10, 2009
The Proposal
Ni la muke org2 yang laki nyer jauh..so tpakse la kitong g dating bdue..hehehe..mgu dpn kite dating lagi yek fid hehehe
Posted by nur_eimi at Monday, August 10, 2009 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
De partner baru..
Posted by nur_eimi at Tuesday, August 04, 2009 0 comments