BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 29, 2010

Diperkosa perompak...kejamnyer...

 zaman sekarang ni macam2..kes rogol banyak sangat..menakutkan..pagi ni nur dapat email dari member office pasal dirompak dan dirogol..dekat umah lak tu..sedih betul..kejam betul perompak tu..rompak jer sudah la..ni siap rogol lagi..memang nak kene panah petir orang tu..emo lak bile bace pasal ni..dah la baru lepas  tengok video pengasuh mandikkan anak majikan kat FB..kesian tengok budak tu..macam nak lemas tengoknyer..memang nak kene ketuk pengasuh tu..geram betul...
Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
 
 berbalik kepada tajuk entry ni...nur de copy email tu..de kat harian metro kot...dah de malas lak nak cari kat paper hehehe..korang leh bace kat bawah ni...
 
sumber Harian Metro
Diperkosa perompak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

 
“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan
.

gambar hiasan..

3 comments:

mamashikin said...

mmg ada baca pasal ni..geram bertambah sedih sampai nak lelapkan mata pun sy duk fikir apalah nasib budak yg kena mandi ngn pengasuh tu,mcm mana penerimaan suami pada pompuan yg kena rogol tu,mcm mana perasaan mangsa mcm mana anaknya..ish..macam2 sy pikir..sedih ada..mcm2..ini la dunia..nak kiamat dah..

nur_eimi said...

tu la pasal..dulu xsilap nur de drama mcm ni..isteri kene rogol ngan perompak..laki die tak terima anak yg die kandung..cian..

Anonymous said...

kesiannya... sedihnya.... manusia semakin kejam... xde ke belas lagi dalam hati diorg ni... amik je la barang2... jangan la hancurkan kebahagiaan dia sekali...