BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 22, 2010

buah kiwi..sedapnyer..


Sedapnyer buah kiwi..nur suke makan buah masam2 ni..
tau tak dari mane dapatnyer name buah 'KIWI'...????
Buah kiwi selalunya dihubung kaitkan dengan Australia dan New Zealand kerana ia dinamakan sebagai kiwi, iaitu nama sejenis burung tempatan kecil berwarna coklat...


Berasal dari negeri China, dikenali dengan nama Yang Tao. Ia di bawa ke New Zealand oleh para mubaligh pada awal abad ke20 dengan penanaman secara komersial hanya di lakukan selepas beberapa puluh tahun kemudian. Tahun 1960, namanya di tukar kepada Chinese Gooseberries. Tahun 1961 Chinese Gooseberries pertama kali dihidangkan di sebuah restoran di Amerika dan telah ditemui oleh seorang pemborong yang dapat merasakan pasaran Amerika akan memberi sambutan pada buah exotik yang unik ini. Dia mula mengimport masuk buah ini ke Amerika pada tahun 1962,  tetapi untuk memenuhi kehendak permintaan telah menukar nama buah ini dari Chinese Gooseberry kepada buah kiwi, atas penghargaan kepada burung tempatan New Zealand iaitu burung kiwi berwarna coklat dan berbulu halus yang menyerupai kulit buah unik ini. Sekarang ini, Itali, New Zealand, chile, Peranchis, Jepun dan Amerika adalah antara peneraju pengeluar secara komersial buah kiwi.




FAKTA: Kandungan buah kiwi
  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi

 nape lak nur tibe-tibe tulis tentang buah kiwi ni..slalu asyik masuk GA jer..coz ade seseorang tanye nur dari mane dapatnyer name buah kiwi tu..katenyer..makan jer tahu..asal usul buah ni tak tahu huhuhu...tak terfikir pun sebelum ni nak search pasal ni..hope info ni berguna untuk semua..

0 comments: